KopiPagi.xyz
2 min readApr 4, 2022

Adunan sendiri, Ataupun JD?

Daripada artikel lepas, aku ada beritahu yang aku ingin terus menerbitkan lagu ciptaan, walaupun tanpa audiens (sedih kan).

Aku bercadang untuk melakukan segalanya secara DIY — dari rakaman muzik, adunan, pengedaran dan video — semua aku buat sendiri (kecuali vokal).

Ada 2 sebab mengapa : i) untuk menjimatkan kos (kerana tiada pendapatan dijana dengan muzik), dan ii) atas semangat berkarya secara indie (pembelajaran).

Oleh kerana penerbitan ini lebih kepada projek suka-suka, aku berasa ini adalah rancangan baik.

Tapi ada satu isu — adunan (mixing).

Dari segi penerbitan muzik, kelebihan aku lebih kepada aktiviti seni ; mencipta lagu, konsep susunan dan instrumentasi.

Tapi adunan adalah lebih kepada kejuruteraan ; lebih teknikal dan sains.

Aku ada belajar dan mengadun sendiri — tapi tak pernah mencapai standard pro yang aku biasa.

Mungkin juga aku bermula dengan JD — salah seorang jurutera muzik terkemuka negara.

Cuba dengarkan rakaman lagu ini: selain vokal Sam Muhamad yang hebat, tapi adunan JD yang mengangkat karya ini kedengaran profesional.

Tak ramai yang percaya, 100% rakaman instrumentasi adalah dimainkan oleh aku seorang di rumah!

Audio Lebih Penting

Aku tak berapa kisah dengan video DIY (tak nampak pro langsung), tapi aku
sangat sensitif dengan kualiti audio.

Dalam senarai lagu Sajakiri (Spotify), hanya bila dengar adunan JD baru aku berasa puas, berbanding dengan adunan sendiri.

(Jika anda peka audio, anda akan boleh teka mana satu-saya takkan beritahu hehe).

Persembahan Sudah Baik

Sayang juga, jika persembahan vokal dan muzik sudah baik, tapi adunan bersebu (muddy).

Walaupun ini projek tidak serius, aku tak boleh buat separuh hati juga.

Hai JD!

JD seorang sahabat yang baik-selalu menyokong Sajakiri walaupun tak kemana.

Apapun harap dapat masih harga kekawan hehe.